Pengurusan Sekolah 

        Pengurusan harian sekolah dikendalikan oleh Guru Besar, Guru-guru dan kakitangan am. Guru-guru yang mengajar adalah dipilih daripada mereka yang berkelayakan dan berkelulusan samada dari lepasan pusat-pusat pengajian tinggi dalam atau luar negeri. Akhlak yang baik, berdedikasi dan berinovasi adalah menjadi ciri-ciri yang penting di dalam pemilihan tenaga pengajar di SRIK.

        Guru-guru dan kakitangan dihantar dari masa kesemasa untuk mengikuti kursus, seminar dan bengkel yang berkaitan dengan profesion mereka untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pendidikan di SRIK.

        Kurikulum 



        Kurikulum SRIK disusun mengikut Kurikulum Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran yang diajar adalah :

        Bahasa Malaysia
        Bahasa Inggeris
        Bahasa Arab
        Matematik
        Kemahiran Hidup
        Kajian Tempatan
        Pendidikan Seni
        Pendidikan Jasmani
        Pengajian Tahfiz Al-Quran
        Tajwid
        Aqidah
        Akhlak
        Feqah dan
        Sirah

        Ko-Kurikulum 



        Program Ko-kurikulum adalah terdiri dari aktiviti-aktiviti yang dapat mengasah dan menyuburkan bakat dan potensi positif yang terdapat pada para pelajar. Ianya disusun dan diolah agar dapat menyemai dan mempertingkatkan sifat-sifat yang baik dan mulia dalam pelbagai  aspek seperti kepimpinan, tolong-menolong, yakin pada diri sendiri, sabar dan seumpamanya.

        Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan ialah :

        Putera Islam
        Puteri Islam
        Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam.
        Kelab Kreatif dan Kraftangan
        Seni Mempertahankan Diri

        Waktu Persekolahan 



        Waktu persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3.50 petang. Sesi pengajian dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.