Syarat-syarat Permohonan Masuk 

        Murid-murid tahun satu mestilah berumur 6 tahun ke atas.

        Murid-murid yang berpindah dari sekolah lain dikehendaki melampirkan surat     berhenti dan Buku Laporan Kemajuan dari sekolah berkenaan.

        Permohonan Masuk 



        Permohonan dibuka selagimana kekosongan masih ada. Namun perlu diingatkan bahawa bilangan tempat belajar adalah sangat terhad.

        Borang Permohonan Kemasukan boleh didapati di pejabat sekolah atau menulis terus kepada pihak sekolah di alamat berikut :

        Guru Besar
        Sekolah Rendah Ibn Khaldun
        Lorong Haji Said
        Batu 7, Jalan Kebun
        42450 Klang,
        Selangor Darul Ehsan.

        Nota:
        Setiap permohonan akan ditapis terlebih dahulu dan murid yang berkelayakan sahaja akan mendapat tempat.

        Yuran Persekolahan 



        Yuran Pendaftaran:
        Yuran pendaftaran untuk setiap murid baru adalah sebanyak RM 72.00.
        dan diserahkan semasa pendaftaran.

        Yuran Bulanan:
        Yuran bulanan untuk setiap murid adalah sebanyak RM 90.00. Yuran ini hendaklah diserahkan pada minggu pertama setiap bulan.

        Yuran Tahunan:
        Yuran tahunan untuk setiap murid adalah sebanyak RM 120.00. Yuran ini hendaklah diserahkan semasa pendaftaran atau di bayar secara ansuran sebanyak RM 10.00
        setiap bulan ketika membuat bayaran yuran bulanan.

        Makanan Tengahari 



        Pihak sekolah menyediakan makanan tengahari untuk murid-murid yang tidak sempat pulang ke rumah pada waktu tersebut. Yuran untuk makanan tengahari adalah sebanyak RM 30.00 sebulan.
         

        Pengangkutan 



        Pengangkutan untuk murid-murid yang tinggal di Shah Alam boleh didapati dengan kadar tambang yang berpatutan. Ibubapa/penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah mengenai hal ini.