Fungsi Sekolah 

        Pihak pengurusan sekolah berusaha untuk mengujudkan satu persekitaran sekolah yang berkualiti untuk mencapai matlamat pendidikan SRIK. Di antara  fungsi sekolah ialah :

        i.     Menyediakan suasana pendidikan yang sihat di dalam pelbagai aspek yang menyuburkan jasmani, emosi, rohani dan akal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta menghayatinya.

        ii.     Menyediakan tenaga pengajar yang berkemampuan dan sumber-sumber
        ilmu yang mencukupi.

        iii.     Menyediakan program pendidikan yang menitikberatkan kesepaduan ilmu.

        iv.     Menyediakan kemudahan dan peralatan pendidikan yang mencukupi.

        v.     Menyediakan program pendidikan yang dapat mengarah dan meningkatkan potensi dan minat murid-murid kepada matlamat yang betul.
         

        Pembangunan Fizikal & Kelengkapan Sekolah 



        Kelas pembelajaran dikendalikan di blok-blok sementara yang disewa berhampiran dengan tapak sekolah. Pihak sekolah juga telah menyiapkan sebuah bangunan surau untuk pelajar-pelajar SRIK menunaikan solat berjamaah dan menjalankan sebahagian kegiatan-kegiatan ko-kurikulum yang dirancangkan.

        Bangunan surau ini dibina hasil daripada sumbangan para dermawan yang ikhlas.

        Lembaga Pentadbir SRIK merancang untuk membina bangunan sekolah yang mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, pusat sumber, makmal dan lain-lain. Anggaran kos untuk membina bangunan sekolah tersebut berjumlah RM 300,000.

        Pembinaan bangunan sekolah ini perlu disiapkan dengan kadar segera dan sumbangan dari para dermawan amatlah diharapkan.


         
        KATA-KATA ALUAN Pengerusi Lembaga Penasihat  Sekolah Rendah Ibn Khaldun (SRIK
        KATA-KATA ALUAN Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah Rendah Ibn Khaldun (SRIK
        Pengenalan - Sejarah Penubuhan Sekolah - Falsafah & Matlamat Pendidikan SRIK
        Fungsi Sekolah - Pembangunan Fizikal & KelengkapanSekolah
        Pentadbiran Sekolah - Lembaga Penasihat & Lembaga Pentadbir
        Pengurusan Sekolah - Kurikulum & Ko-Kurikulum - Waktu Persekolahan
        Syarat Permohonan Masuk - Yuran Persekolahan - Makan Tengahari - Pengangkutan
        Projek Sekolah Menengah - Kutipan dan Sumbangan Derma - Pelan Lokasi Sekolah