Umat Kini Di Ambang Kebinasaan

    Sidang Juma’at yang dihormati sekelian,

    Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan mengelakkan daripada melakukan sebarang pekerjaan yang dimurkai Allah bagi menjamin keselamatan hidup kita di dunia dan akhirat.

    Rasulullah SAW telah menasihatkan dan mengingatkan kita agar tidak terjatuh ke dalam  kebinasaan  dan mencampakkan diri ke dalam bahaya dan azab yang berkekalan.

    Rasulullah SAW mengingatkan umatnya tentang perkara-perkara  yang apabila dilakukan boleh menyebabkan Allah menurunkan bala seperti angin merah, angin panas dan gempa bumi,  permusuhan dan  peperangan yang tidak berkesudahan di antara manusia.

    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah  SAW bersabda yang bermaksud:

    “Apabila hasil  negara diagih-agihkan kepada orang-orang tertentu sahaja, amanah dijadikan tempat mengumpul kekayaan, zakat  sebagai  denda, ilmu dipelajari  bukan kerana Allah, seseorang itu mengikut kata isteri (queen  control)  dan derhaka  terhadap  ibu-bapa,  lebih dekat  dengan  kawan  jauh daripada ayahnya, berlaku bising dalam masjid,  suatu  umat  atau kaum dipimpin  oleh  yang fasiq  di kalangan  mereka,  ketua-ketua mereka  tidak berahklak dan rendah peribadi, seseorang  dimuliakan  kerana  ditakuti  kejahatannya,  lahir ramai penyanyi dan banyak alat muzik, arak diminum di sana  sini, generasi  kemudian  mencerca generasi  yang lalu,  maka  tunggulah angin  merah  (angin panas), akan berlaku gerak  gempa,  gerhana, berlaku  keburukan,  tuduh  menuduh,  dan  berbagai-bagai tanda  akan  datang bertalu-talu umpama satu  rantai  yang  putus talinya.”

    Walaupun dari segi sanadnya hadis ini tidak kuat, dilihat dari segi kandungannya dan realiti  yang  berlaku dewasa ini tepat seperti yang digambarkan oleh  Rasullullah SAW.

    Sidang Juma’at yang dihormati sekelian,

    Mari  kita  perhatikan hakikat yang diingatkan  oleh Rasulullah SAW di dalam hadis di atas dan lihat pula hakikat  yang berlaku di dalam realiti masyarakat  hari  ini untuk dijadikan iktibar dan panduan bagi mengelakkan bala Allah  SWT ke atas kita.

    Perkara-perkara yang disebut oleh Rasulullah SAW  benar-benar  berlaku  dalam  realiti masyarakat  hari  ini.  Antaranya ialah kekayaan tidak diagihkan secara saksama, amanah yang  diberikan telah menjadi  tempat merebut peluang mengumpul kekayaan  sebanyak mungkin, dan zakat pula dibayar sebagai cukai atau denda, bukan  dikeluarkan dengan  penuh rasa perhambaan kepada Allah SWT bagi melaksanakan perintahnya.

    Ilmu syarak dipelajari atau dituntut bukan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah atau untuk menjaga syariat  Allah SWT. Di dalam rumah tangga pula, ramai sekali suami yang mengikut kata isterinya secara membuta tuli tetapi  tidak  bersikap demikian terhadap ibu bapa mereka.

    Kini orang lebih senang mencurahkan rahsianya kepada rakannya daripada ibu  bapanya atau berunding dengan keduanya. Masjid pula kini dipenuhi dengan suara bising  iaitu suara orang berborak-borak kosong  selepas  menunaikan solat sambil merokok di tepi-tepi beranda masjid dan sebagainya.

    Pemimpin  umat  tidak  dipilih  daripada kalangan orang yang berpendidikan dan berakhlak Islam kerana nilai ini kurang mendapat tempat pada majoriti masyarakat berbanding nilai kekayaan, kedudukan dan ilmu lain dari-pada ilmu Islam.  Seseo-rang  itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatan-nya, bukan kerana kefahaman dan iltizamnya dengan Islam serta berahklak  tinggi.

    Penyanyi lelaki dan wanita muncul dengan ramainya, alat  muzik  wujud  dalam beraneka jenis dan hiburan dalam pelbagai bentuk. Lelaki dan wanita bukan muhrim bercampur gaul tanpa  rasa segan silu,  kekok dan bersalah. Ramai yang lebih banyak menyanyi daripada membaca al-Quran,  lebih  banyak  berhibur  daripada berzikir kepada Allah. Malah ramai yang menganggapnya sebagai suatu kemajuan,  tidak jumud, sesuai dengan  zaman  yang serba  maju  dan  moden. Na’uzubillahi min zalik.

    Keadaan sedemikian berlaku akibat  umat kini tidak mempunyai dasar  pegangan. Tidak memiliki kualiti peribadi umat yang beriman, yang beraqi-dah, yang berpen-didikan berlan-daskan aqidah Islami-yah. Se-balik-nya umat kini men-jadi umat yang ha-nya  me-
    ngi kut  apa saja yang disogokkan kepada mereka tanpa  pertimbangan dan neraca  yang betul serta menepati syarak. Perhitungan mereka hanya memenuhi kehendak majoriti masyarakat dan orang ramai.

    Sidang Juma’at yang dihormati sekelian,

    Allah SWT telah mengingatkan kita agar jangan terpengaruh dan  terikut  dengan  nilai  orang  ramai  sekiranya  nilai  itu berlawanan dengan nilai syarak. Firman  Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat  116  yang bermaksud:

    “Dan  jika  kamu  mengikuti majoriti masyarakat di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan  kamu daripada   jalan   Allah.  Mereka  tidak  lain  hanyalah  mengikuti persangkaan semata-mata. Dan mereka tidak lain melainkan berdusta terhadap Allah SWT."

    Amalan minum arak juga berlaku di sana sini, dijual  dengan harga  yang  murah  di pasaran  terbuka  tanpa  cukai dan tanpa kawalan. Sesiapa sahaja boleh membeli dan meminum  hatta orang  Islam  sendiri tanpa segan silu dan rasa takut  terhadap azab Allah. Sekali lagi kita berlindung dengan Allah SWT.

    Sidang Juma’at yang dihormati sekelian,

    Satu lagi sifat yang termasuk dalam sifat yang  keji, dimurkai Allah  dan menghadapi bencana atau bala daripada Allah SWT  ialah generasi  terakhir  mencaci generasi terdahulu, menganggap generasi awal mundur dan ketinggalan zaman dan sebagainya.

    Sifat  merendahkan  generasi awal, generasi Rasulullah  SAW,  generasi sahabat dan salafus soleh umumnya secara praktikal tidak maju seperti sekarang, tanpa menjelaskan ciri-ciri kemajuan yang  sebenarnya mengikut  lunas-lunas  syariat  Islam adalah suatu yang dicurigai. Ini boleh melemahkan keyakinan kita kepada risalah Muhammad  SAW sebagai risalah ‘alamiah, risalah sejagat, risalah yang sentiasa bertamadun dan maju setiap masa dan ketika. Sabda Rasulullah  SAW yang bermaksud:

    “Tidak  beriman  salah  seorang kamu sehinggalah keinginanya mengikut apa yang aku bawa.”