TUNTUTAN MARHALAH 
      TAKWIN

      MARHALAH takwin ialah peringkat pembentukan anggota Islam.  Tujuan peringkat (marhalah) ini ialah untuk melahirkan mukmin mujahid yang mempunyai kelayakan yang diperlukan bagi memikul amanah Allah iaitu menegakkan Islam di muka bumi.
      Marhalah takwin mesti dilalui oleh mereka yang membuat keputusan untuk bersama jamaah Islam dan sanggup pula melalui proses pembentukan dan latihan, bersedia meninggalkan perkara haram dan melaksanakan perintah waiib di peringkat individu seperti solat, puasa dan zakat.  Mereka inilah orang yang layak untuk meneruskan proses peningkatan kualiti diri sebagai mukmin mujahid yang bakal meneruskan amal Islam setelah melalui proses pembentukan di marhalah takwin.

      Marhalah takwin adalah satu marhalah yang lebih tinggi daripada marhalah mukmin biasa.  Mereka yang bersedia serta terpilih untuk melalui marhalah ini perlu menjalani
      dan menguasai sekurang-kurangnya empat aspek, iaitu:

      1. Tarbiyah Thaqafiyah - pembentukan ilmu dan pengetahuan

      Pengisian ilmu dan pengetahuan adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan Islam.. Ilmu pengetahuan akan melahirkan kefahaman.  Justeru dalam Islam tampak jelas hakikat ini dengan turunnya ayat pertama (Iqra') yang melambangkan perintah membaca untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman berasaskan sumber yang betul
      iaitu Allah SWT.

      Segala ilmu yang ada bersumberkan Allah.  Allah memberi akal dan ilmu kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pengasas gerakan Islam abad
      ke-20, Imam Hasan a1Banna meletakkan kefahaman sebagai syarat pertama baqi
      seorang mukmin mujahid.  Ulama Islam telah membahagikan ilmu kepada fardu 'ain
      dan fardu kifayah. Ilmu fardu 'ain ialah ilmu-ilmu asas yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu Muslim seperti konsep Islam, akidah, hukum-hukum syara', bahasa Arab, al-Quran, as-Sunnah dan konsep jahiliah. limu fardu kifayah ialah bidang pengkhususan seperti keiuruteraan dan perubatan. Ilmu fardu kifayah tidak diwajibkan kepada setiap individu tetapi wajib kepada sebilangan tertentu yang sesuai.  Anggota pada marhalah ini perlu memilih bidang pengkhususan tertentu atau ditentukan untuk mereka apa-apa pengkhususan yang diperlukan.

      2. Tarbiyah Ruhaniyah

      Aspek kedua yang mesti diialui ialah pendidikan hati atau jiwa.  Hati perlu dibersihkan daripada kekotoran dan kekufuran.  Hati yang bersih sahaja yang akan mengenali Allah dan beriman serta patuh kepada sistem Allah.  Sebaliknya hati yang kotor akan menolaknya.  Hati yang kotor mempunyai penyakit dan akan membawa masalah kepada tuannya.  Orang yang berilmu tetapi memiliki hati yang keras tidak akan tunduk dan patuh kepada arahan Allah.  Oleh itu Allah sangat menuntut supaya setiap mukmin mentarbiyah hati.  FirmanNya yang bermaksud:

      "Dan demi jiwa dan penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan padanya potensi fujur (jahat) dan potensi takwa. Sesunggubnya berjayalah bagi mereka yang menyucikannya dan rugilah mereka yang mengotorinya."

      3. Tarbiyah Jasadiyah - Pendidikan Jasmani

      Aspek jasmani juga adalah satu daripada tuntutan dalam marhalah takwin.  Pembentukan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat sempurna dan menyeluruh.  Seorang Mukmin mujahid mestilah memiliki kemampuan dari segi fizikal untuk melayakkan mereka melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dalam erti kata sebenarnya.

      4. Tanzimi

      Aspek tanzimi ialah satu aspek dalam Islam.  Rasulullah SAW menegakkan Islam melalui tanzim atau penyusunan yang rapi. Benarlah kata-kata Saidina Ali:

      "Kebenaran yang tidak bersistem boleh ditewaskan oleh kebatilan
      yang bersistem (tersusun rapi ). "

      Ringkasnya keempat-empat aspek ini mesti dikuasai mereka yang menjalani proses pembentukan di peringkat takwin.  Selagi tidak menguasai dan memiliki ciri-ciri yang sebenarnya, seseorang itu tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan Islam yang banyak dan mencabar.  Akibatnya umat Islam akan menjadi lemah dan terus ditindas.