SATU RINGGIT MENGATASI
        SERIBU RINGGIT

        Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

        "Satu dirham mengatasi seribu dirham"
         
        Para sahabat bertanya,"Bagaimana berlaku demikian, ya Rasulullah?"
        Rasulullah menjawab, "Seorang lelaki ada dua dirham, lalu disedekahkannya satu dirham yang paling baik. Seorang kaya
        mengeluarkan dari hartanya yang banyak dan disedekahkan seribu
        dirham.  Maka satu dirham itu lebih baik."

        Mata wang dirham adalah mata wang yang lumrah digunakan di zaman
        Rasulullah.  Mata wang yang digunakan di Malaysia kini adalah mata
        wang ringgit.  Oleh itu hadis ini boleh menggambarkan satu ringgit yang
        disumbangkan semasa miskin lebih baik dari seribu ringgit yang
        disumbang sewaktu kaya.  Sikaya tidak merasai apa-apa kesulitan,
        sebaliknya simiskin terpaksa berlawan dengan syahwat dan rasa hati.
        Namun dengan kekuatan taqwa, simiskin itu dapat juga melaksanakan
        sedekah.

        Sifat cintakan harta boleh menjangkiti siapa sahaja tanpa mengenal
        orang miskin atau kaya.  Berlatihlah bersikap dermawan sewaktu miskin,
        nescaya anda akan bersikap derwawan sewaktu kaya.  Sekiranya anda
        membiarkan diri bersifat bakhil sewaktu miskin, kemungkinan penyakit
        bakhil itu akan terus kekal sewaktu anda kaya.

        Rebutlah peluang untuk bersedekah dan menyumbang sementara harta
        dan umur masih ada.  Anda tidak tahu, mungkin esok anda akan jatuh
        miskin atau menemui ajal.

        * Jangan tunggu anda jadi kaya baru nak bersedekah