Projek pembangunan sekolah dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama
ialah pembinaan Sekolah Rendah Ibn Khaldun dan fasa kedua ialah pembinaan
Sekolah Menengah Ibn Khaldun.
Tujuan utama risalah ini disediakan ialah untuk mendapatkan sumbangan
kewangan daripada para dermawan bagi menjayakan pembinaan sekolah dalam
kedua-dua fasa tersebut.
FASA PERTAMA
Pembinaan fasa pertama bangunan SRIK mengandungi 12 bilik darjah,
pejabat,
bilik guru, pusat sumber, bilik makmal, dewan dan kantin.
Setakat ini pihak pentadbir sekolah telah membelanjakan sebanyak
RM 110,000 untuk
menyiapkan sebahagian dari sistem fizikal persekolahan untuk fasa
pertama.
Wang ini adalah hasil sumbangan daripada para dermawan.
Namun anggaran kos tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan bangunan
tiga tingkat dan kelengkapan sekolah dalam fasa pertama adalah sebanyak
RM 600,000 lagi.
Bangunan tiga tingkat ini perlu disiapkan dengan kadar segera
dan sumbangan
dari dermawan amatlah diperlukan.
FASA KEDUA
Penubuhan Sekolah Menengah Ibn Khaldun adalah merupakan rancangan
jangka panjang
yang diusahakan oleh Lembaga Pentadbir SRIK agar penerusan pembelajaran
murid-murid berlaku dengan lancar. Lembaga Pentadbir menganggarkan
kos untuk pembelian tapak sekolah dan pembinaan awal bangunan sekolah menengah
menelan belanja
RM 1,000,000 (Sejuta Ringgit Malaysia)
|