Pihak
pengurusan sekolah berusaha untuk mengujudkan satu persekitaran sekolah
yang berkualiti untuk mencapai matlamat pendidikan SRIK. Di antara
fungsi sekolah ialah :
i. Menyediakan suasana pendidikan yang sihat di dalam pelbagai aspek yang menyuburkan jasmani, emosi, rohani dan akal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta menghayatinya.
ii.
Menyediakan tenaga pengajar yang berkemampuan dan sumber-sumber
ilmu
yang mencukupi.
iii. Menyediakan program pendidikan yang menitikberatkan kesepaduan ilmu.
iv. Menyediakan kemudahan dan peralatan pendidikan yang mencukupi.
v.
Menyediakan program pendidikan yang dapat mengarah dan meningkatkan potensi
dan minat murid-murid kepada matlamat yang betul.
Pembangunan Fizikal & Kelengkapan Sekolah
Kelas
pembelajaran dikendalikan di blok-blok sementara yang disewa berhampiran
dengan tapak sekolah. Pihak sekolah juga telah menyiapkan sebuah bangunan
surau untuk pelajar-pelajar SRIK menunaikan solat berjamaah dan menjalankan
sebahagian kegiatan-kegiatan ko-kurikulum yang dirancangkan.
Bangunan surau ini dibina hasil daripada sumbangan para dermawan yang ikhlas.
Lembaga Pentadbir SRIK merancang untuk membina bangunan sekolah yang mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, pusat sumber, makmal dan lain-lain. Anggaran kos untuk membina bangunan sekolah tersebut berjumlah RM 300,000.
Pembinaan bangunan sekolah ini perlu disiapkan dengan kadar segera dan sumbangan dari para dermawan amatlah diharapkan.