


Sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati
supaya menetapi kesabaran.
[Al-'Ashr (MASA)]
Hargailah Masa
Anda Ketika Berada Di Alam Siber.
Gunakannya Dengan
Bijak Untuk Perkara-Perkara Berfaedah Yang Boleh Meningkatkan Kesedaran
Diri Terhadap Kehidupan Yang Sementara Ini
Bukan Merosakkan
Diri Dengan Perkara-Perkara Keji
Yang Membuat
Anda Rugi Di Akhirat Nanti.
Masa adalah
kehidupan. Sesaat yang berlalu tidak boleh diperolehi kembali
walaupun dibayar
dengan segunung emas atau dunia dan isinya.
Justeru itu
hargailah masa.
Membuang masa
atau mempersia-siakannya samalah seperti kita
membuang dan
mempersia-siakan kehidupan ini kerana sesungguhnya
masa itu ibarat
pedang, jika kamu tidak menjaganya dengan baik
nescaya ia akan
memenggal lehermu sendiri.
Untuk menghargai
masa anda yang sedang berada di halaman web ini,
maka terimalah
sedikit bekalan daripada hamba-hamba Allah yang berusaha
demi mencari
keredhaan Allah SWT. Semoga ianya insyaAllah dapat menjadi bekalan untuk
kita meneruskan perjalanan ini hingga kembali bertemu Allah
pada hari dan
waktu yang telah dijanjikan