Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya;
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskandengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1. hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang
haram itu jelas...”,
2. hadith: “Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu
yang boleh memudharatkan.”,
3. hadith: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula
dengan niat...”,
4. hadith: “Apa yang aku larangkan terhadap kamu
daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5. hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya
maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.
Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang
muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang
begitu besar.” Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan
dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW. pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah (
)
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari
segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan
dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan
sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada
seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Huraian Hadith
a. An-Nasihah Li Allah ( )
An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh
dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan
yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya hingga dapat merasai kelazatannya.
Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yang
dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yang melahirkan
kesungguhan, keyakinan dan ihsan.
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalam-amalan an-Nawafil (sunat).
Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan Allah SWT.
Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu.”
Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.
b. An-Nasihah Li Kitab Allah ( ).
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.
Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.
c. An-Nasihah Li Rasulillah ( ).
An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap
kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan
kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini Juga mengambil
Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan
mahupun amalan
.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya:
"Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW. pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah (
)
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari
segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan
dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan
sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada
seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim ( ).
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin. An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.
d. An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin ( ).
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat Islam seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.
Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.
Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.
Beberapa perkara penting
1. Jihad adalah bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah
SWT dan Rasulullah SAW. Ketiadaan jihad tanpa uzur syar’i adalah bukti
ketiadaan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
“Tiada dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah,
orang-orang yang sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang
mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya.
Tiada sebarang jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang
berbuat baik dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah:
ayat 91)
Orang berkeuzuran syar’i yang terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi mana dia benar-benar ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Jika dia membawa sifat-sifat munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia melakukan kedustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia tidak berjihad dan tidak jujur.
2. An-Nasihah untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting. Rasulullah SAW bersabda( yang bermafhum):
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan pemerintahnya.”
“Tiga golongan yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan amalan kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada dalam jamaah umat Islam.”
3. Rasulullah SAW menjelaskan (yang bermafhum):
“Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”
4. Dalam konteks Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha melahirkan kumpulan Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim atau Jil al-Quran.