2. Rumah sewa kawan terbakar (mmm... dengar
sedap sikit kot...), merupakan
sebuah rumah sewa empat pintu, di mana sepintu darinya disewa oleh
Cikgu Muzlifh
(Cik M adalah guru dgn Khaldun) dan sdr Makmum (Sdr M), sepintu yang
lain didiami oleh pelajar-pelajar puteri Sek Menengah bersama dua orang
ustzh baru. Memang pihak sekolah mencarikan rumah yang sedemikian kerana
mengharapkan Cik M menjadi penyelia kepada mrk. Manakala dua pintu yang
lain didiami oleh jiran.
3. Kerugian. Kemusnahan yang teruk adalah rumah Cik M dan sdr M, di mana melibatkan pakaian, buku-buku sekolah dan peralatan asas rumah kerana kebetulan kedua mereka tidak erada di rumah. Manakala rumah sewa yang didiami oleh pelajar dan guru, serta jiran yang lain mengalami kerugian yang sangat minimal (mengikut kawan, tiada peralatan/hatrabenda yang musnah) kerana sempat diselamatkan. Kerosakan terhadap rumah shj dianggarkan M40,000.00, manakala kerugian dipihak Cik M belum ditafsirkan. Untuk makluman tuan punya rumah adalah orang yang menawarkan rumah sewanya utk didiami oleh pelajar dan guru, serta mempunyai cucu yang bersekolah dgn Khaldun.