Dirinya menginginkan
tunduk khusyuk hanya kepada-Nya
dipenuhi masa bertakwa sentiasa
merasa betapa ruginya
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala
Andaikan lebih dihajatinya
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah
Allah-lah segala-galanya...
yang menyiram air ketenangan
yang menyinar cahaya keteduhan
di ruang hati yang berseri
bersinar cahaya kebahagiaan...
abadi sentiasa...
Itulah pencinta Allah
Islam junjungannya...
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya...
Nukilan,
Noor Ainy M. Y. @Nurdina M.Y.
Melaka.
12 Jun 1998
Jam: 8.30 malam.
HIDUPKAN
SILATURRAHIM
Manusia suka menegakkan
emosi sendiri walau tak pasti
ianya hitam atau putih..
cemar atau bersih
kerana bila hati dan rasa
menjadi ikutan dan panduan
bukan Al Quran dan Al Hadith
menjadi pegangan, panduan
dan pedoman...
akan terjadilah segala
yang tidak menyenangkan
dan porak perandalah
sesama insan malah...
mencacat celalah sebuah negara.
tercinta....
Marilah kita bersama
menegakkan ukhuwah Islamiah
dan bersilaturrahim
demi berpegang pada tali Allah
dan tidak berpecah belah
atau bercerai-berai...
Nabi tercinta telah meninggalkan
kepada kita umatnya dua perkara
yang jika kita berpegang teguh
kepada keduanya
tidak tersesatlah kita...
iaitulah Al Quran dan Al Hadith
Marilah bersama
kita menjunjungnya
dan mengamalkan
isi panduannya
perintah dan larangnya
demi untuk selamatnya kita
dan bahagia dunia akhirat...
Nukilan,
Noor Ainy M. Yusoff,
Melaka.
11 Julai 1998
jam: 7.00 pagi.
Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan.
Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak itu hidup dalam iri hati, dia belajar berasa bersalah.
Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.
Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak itu hidup dalam keadilan, dia belajar berlaku adil.
Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk
hidup.
Dalam suasana apakah anda dan anak anda hidup?
janji Allah Maha benar
walau nun di samudera raya
walau nun di langit tinggi
walau di kamar sepi
walau di kamar besi
apakah bekalan yang kubawa......
mungkin harta tidak terbilang
mungkin ilmu sayup mata memandang
mungkin jua............
sebuah rumah setinggan
sebuah basikal usang
jua mungkin debu-debu berterbangan
semua.....hanya kenangan
semua hanya bayangan
tiada mengikut......walhal ditanya haknya
tiada bersama.......walhal ditanya mana zakatnya
tiada di sisi.......walhal ditanya mana syukurnya
mungkin.......
bahagiakan pada yang fakir
gembirakah pada yang miskin
dukakah pada yang kaya
gulanakah pada yang raya
siapakah yang mahu pastikan???????
semua belum pasti
hanya Allah yang Maha Mengetahui
yang ku tahu
bahagialah mukmin bertaqwa
sukalah para syuhada
megahlah para kekasih
megahlah para wali
aku........
apakah nasib akhirku
bagaimana kuburku
bagaimana bangkitku
bagaimana mahsyarku
bagaimana mizanku
bagaimana sirat ku............?????
wallahua'lam
ukhuwwah fillah
from: Siti Aisyah Ahmad Yusuf
lancaster, UK
DUNIA SEMENTARA
AKHIRAT KEKAL ABADI
tika malam suram....
tika cengkerik bersahutan....
dingin malam menikam kulit
sang abid memuji Tuhan Pencipta
kalimah Tuhan memenuhi ruang dada
aku.....masih jua begini
diselimuti gebar tebal
lena di buai mimpi manis....ngeri
itulah hakihat diri....
tiada upaya
tiada kudrat
untuk menyahut seruan Mu Ilahi
mengapa aku masih begini
sedangkan....dunia hanya mimpi ngeri
penuh tipu daya tak penghujung
sedangkan......janji Allah Maha Benar
syurga tak terbayang indahnya
neraka tak terkata panasnya
mengapa manusia masih buta......tuli?????
mengapa aku jua begitu?????
kataku.....ucapku......hanya mainan
disapu angin yang lalu
sedangkan itu satu kemurkaan
"MENGAPA TIDAK DIKOTA APA YANG KAMU PERKATAKAN"
ahhhhhhh.....ampunkanlah aku
ampunlah kami.......
ampunkanlah semua.....
kerana.....
sesungguhnya ALLah itu Maha Pengampun
kerana......
sesungguhnya mati itu pasti
akhirat pun pasti
mizan pun pasti
sirat pun pasti
neraka pun pasti
syurga sudah tentu pasti
DUNIA sementara AKHIRAT kekal abadi
wallahua'lam
ukhuwwah fillah
from: Siti Aisyah Ahmad Yusuf
lancaster, UK