Make your own free website on Tripod.com
Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
[Al-'Ashr (MASA)]

Hargailah Masa Anda Ketika Berada Di Alam Siber.
Gunakannya Dengan Bijak Untuk Perkara-Perkara Berfaedah Yang Boleh Meningkatkan Kesedaran Diri Terhadap Kehidupan Yang Sementara Ini
Bukan Merosakkan Diri Dengan Perkara-Perkara Keji
Yang Membuat Anda Rugi Di Akhirat Nanti.

Masa adalah kehidupan. Sesaat yang berlalu tidak boleh diperolehi kembali
walaupun dibayar dengan segunung emas atau dunia dan isinya.
Justeru itu hargailah masa.
Membuang masa atau mempersia-siakannya samalah seperti kita
membuang dan mempersia-siakan kehidupan ini kerana sesungguhnya
masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak menjaganya dengan baik
nescaya ia akan memenggal lehermu sendiri.

Untuk menghargai masa anda yang sedang berada di halaman web ini,
maka terimalah sedikit bekalan daripada hamba-hamba Allah yang berusaha
demi mencari keredhaan Allah SWT. Semoga ianya insyaAllah dapat menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ini hingga kembali bertemu Allah
pada hari dan waktu yang telah dijanjikan 
Selamat Membaca Dengan Hati Dan Minda Yang Terbuka