Make your own free website on Tripod.com
Firman Allah SWT
 
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Surah Ali-'Imran: 92)
 
Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan 
yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya),dan mereka pula akan 
beroleh pahala yang mulia.
(Surah al-Hadid: 18)
 
"Dan apa sahaja harta yang baik  yang kamu nafkahkan, maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu 
membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah.
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu 
akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu 
sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah Al Baqarah : 272)
 
PROJEK PEMBANGUNAN SRIK
Projek pembangunan sekolah dibahagikan kepada dua fasa. 
Fasa pertama ialah pembinaan Sekolah Rendah Ibn Khaldun dan 
fasa kedua ialah pembinaan Sekolah Menengah Ibn Khaldun.
Tujuan utama halaman web ini dipaparkan ialah untuk mendapatkan sumbangan kewangan daripada para hartawan dan dermawan bagi menjayakan pembinaan sekolah dalam kedua-dua fasa tersebut.   
FASA PERTAMA  
Pembinaan fasa pertama bangunan SRIK mengandungi 12 bilik darjah, 
pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik makmal, dewan dan kantin. 
Setakat ini pihak pentadbir sekolah telah membelanjakan sebanyak 
RM 110,000 untuk menyiapkan sebahagian dari sistem fizikal persekolahan untuk fasa pertama. Wang ini adalah hasil sumbangan daripada para 
dermawan. Namun anggaran kos tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan bangunan tiga tingkat dan kelengkapan sekolah dalam fasa pertama 
adalah sebanyak RM 600,000 lagi. Bangunan tiga tingkat ini perlu disiapkan dengan kadar segera dan sumbangan dari dermawan amatlah diperlukan.   
FASA KEDUA  
Penubuhan Sekolah Menengah Ibn Khaldun adalah merupakan rancangan jangka panjang yang diusahakan oleh Lembaga Pentadbir SRIK agar 
penerusan pembelajaran murid-murid berlaku dengan lancar. 
Lembaga Pentadbir menganggarkan kos untuk pembelian tapak sekolah 
dan pembinaan awal bangunan sekolah menengah menelan belanja 
sebanyak RM 1,000,000 (Sejuta Ringgit Malaysia) 
 
 
 Selamat Menderma
Semoga Sumbangan Anda Diberkati Allah Dan Diterima Sebagai Amal Jariah
 
 Rayuan Sumbangan Bantuan Kewangan
BORANG SUMBANGAN
Prospektus Sekolah Rendah Ibn Khaldun
PANORAMA SRIK
 
Halaman WEB ini diibangunkan pada 1hb Jan 1999 dan telah
dikemaskinikan kali terakhir pada 7hb Januari 1999
 Sumbangan daripada:  ABM Desktop Publication